Tengku Mahmood
Mahyiddeen merupakan tokoh melayu Patani dan digelar sebagai “HARIMAU MALAYA”.
Beliau merupakan anak kepada Raja Melayu Patani terakhir iaitu Raja Abdul Kadir
Kamaruddin dengan Cik Maimunah , isteri ketiganya yang berasal dari Kelantan.Beliau
dilahirkan pada 30 Oktober 1908.Ibundanya telah meninggal dunia sewaktu beliau
baru berusia 4 tahun lalu dijaga oleh ayahandanya bersama permaisuri pertama
yang bernama Tengku Maimunah. Beliau telah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah
di negeri Kelantan.Kemudian , beliau mendapat pendidikan yang lebih tinggi di
Bangkok dan menjadi pelajar di Royal Assumption College tetapi dalam tempoh 3
tahun sahaja kerana pemerintahan Thailand dan Patani pada masa itu mengalami
pergolakan .Tengku Mahmood Mahyiddeen dipindahkan ke Pulau Pinang dan belajar
di Penang Free School selama 2 tahun. Beliau merupakan anak bangsawan pertama
yang mendapat pendidikan Inggeris di Penang Free School. Berkat usahanya dalam
bidang pendidikan, beliau telah lulus senior Cambridge sehingga ditawarkan
biasiswa di sebuah institusi pendidikan di Singapura iaitu King Edward VII
Medical College.
Tengku Mahmood
Mahyiddeen telah dilantik menjadi pemangku nazir di sekolah-sekolah melayu di
negeri Kelantan.Sejak itu,ketokohan beliau dalam bidang pendidikan bermula dan beliau
bercita-cita untuk membaiki taraf pendidikan pelajar sekolah melayu di
Kelantan. Tambahan pula,beliau ingin membawa perubahan dalam sistem pendidikan
yang sedia ada dan membuat pembaharuan kepada sekolah-sekolah melayu luar
bandar.Selain itu,beliau telah mengubah persepsi masyarakat melayu Kelantan
yang tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk bersekolah pada masa
itu.Lantaran itu,beliau telah mendirikan sekolah perempuan yang pertama di Kelantan
yang dinamakan Zainab English School iaitu SMK Zainab 1 (kini).Jawatan nazie
sekolah melayu telah dilantik sepenuhnya terhadap Tengku Mahmood Mahyiddeen
seterusnya memegang jawatan sebagai Penguasa Pendidikan Negeri Kelantan pada
tahun 1938. Bukan itu sahaja,beliau telah membawa kemajuan dalam meninggikan
mutu pelajaran dalam kalangan guru-guru sekolah dan memperkenalkan penyusunan
semula sukatan pelajaran dan pentadbiran sekolah.
Jasa Tengku Mahmood
Mahyiddeen terhadap tanah air ialah menubuhkan GEMPAR iaitu Gerakan Melayu
Patani Raya sehingga tahun 1948 yang bertujuan untuk memerdekakan Patani begitu
juga Kelantan dan ingin menyatukan semula negeri-negeri Melayu seperti zaman
pemerintahan Ratu Kuning.
Apabila perang dunia
kedua berlaku,pihak Inggeris telah berjaya menewaskan pihak lawan. Pada ketika
itu,pihak Inggeris telah mengalami kekurangan beras. Oleh hal yang demikian
,mereka telah meminta bantuan daripada pihak Siam. Akan tetapi , pihak Siam
telah menetapkan syarat kepada pihak Inggeris sekiranya menginginkan beras.
Syaratnya adalah pihak Inggeris hendaklah memutuskan perjanjian dengan Tengku
Mahmood Muhyideen.Jadi,pihak Inggeris bersetuju dengan syarat yang ditetapkan
itu.Disebabkan perbuatan tersebut,Patani masih belum merdeka sehingga sekarang..
UMNO telah ditubuhkan
di Tanah Melayu untuk menentang Malayan Union.
Tengku Mahmood
Mahyiddeen telah meninggal dunia pada 12 Februari 1954 sesudah solat jumaat di
Pantai Semut api. Bagi mengenangkan jasa beliau, sebuah sekolah di Kelantan
telah ditubuhkan yang dinamakan SMK Mahmood Mahyiddeen, Pasir Pekan, Wakaf
Bharu, Kelantan.
![]() |
fb page : patani untold scars ig : pataniuntoldscars |
No comments:
Post a Comment