RATU KUNING
Era pemerintahan Ratu
Kuning (1635-1651) bermula selepas tamatnya pemerintahan Ratu Ungu (1624-1635).
Ratu Kuning telah berkahwin dengan Raja Jembal iaitu putera kepada Raja Sakti
II. Hasil daripada perkahwinan itu,mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata
iaitu Puteri Saadong. Namun,Puteri Saadong telah dibesarkan oleh Cik Siti Wan
Kembang.
Kehidupan Ratu Kuning
berubah apabila Raja Sakti II menghadiahkan tiga daerah di Kelantan kepada Cik
Siti Wan Kembang iaitu Tanah Merah,Kuala Krai dan Gua Musang. Raja Sakti II
menghadiahkan tiga daerah tersebut sebagai tanda berterima kasih kerana Cik
Siti Wan Kembang telah berjaya menewaskan Raja Siam di Legor.
Berikutan daripada peristiwa
tewasnya Raja Siam itu, telah menyebabkan Raja Siam berdendam. Bagi melunaskan
dendam itu,Raja Siam bertindak menyerang Kelantan lalu menculik Ratu Kuning.
Ketika itu,Ratu Kuning telah berkahwin dengan Raja Abdullah.
Telah
dikisahkan,selepas penculikan Ratu Kuning, Raja Siam telah menghidapi penyakit
barah dada. Tabib yang merawat Raja Siam itu memberitahu bahawa jika Raja Siam
tidak menghantar Ratu Kuning ke tempat
asal,penyakitnya tidak akan sembuh.
Disebabkan itu,Ratu
Kuning dihantar pulang. Tetapi, Raja Abdullah tidak menerima Ratu Kuning
semula.Akhirnya, Ratu Kuning bertindak membunuh Raja Abdullah menggunakan
sanggul.Selepas peristiwa itu,Ratu Kuning telah berhijrah ke Pulau Melaka dan
menetap di situ.
Setelah wafat,Ratu
Kuning disemadikan di tanah perkuburan di Kemumin,Kota Bharu,Kelantan.
No comments:
Post a Comment