Tuesday, 7 February 2017

munculnya agama islam di Patani





Al-kisah bermula nya Islam di Patani semenjak Raja Phya Tu Nakpa diserang penyakit yang tidak pernah sembuh....Apabila raja mendengar berita bahawa ada seorang tabib (seorang muslim,syeikh said) yang mampu menyembuhkan penyakitnya,lalu raja meminta pertolongan daripada tabib itu..Akan tetapi,tabib itu meletakkan syarat terhadap raja jika ingin mengubati penyakit raja itu....Syarat nya adalah raja tersebut haruslah memeluk Islam setelah sembuh daripada penyakitnya itu.Lalu,raja pun bersetuju dengan syarat tabib itu...Apabila raja telah sembuh daripada penyakit nya ,baginda mengingkari janjinya itu....Kemudian,baginda kembali sakit....Namun setelah kejadian ini berulang sebanyak tiga kali,barulah baginda benar-benar insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan nya itu lagi...Setelah raja sembuh daripada penyakitnya,baginda bersama keluarga dan pembesar istana memeluk islam...nama Raja Phya Tu Nakpa telah menjadi Sultan Ismail Shah....Sejak kejadian itu,agama Islam mula berkembang dan pengaruh Hindu-Buddha mulai lemah dan akhirnya hilang dari Patani...Munculnya Patani sebagai negara Islam..












No comments:

Post a Comment