Monday, 27 March 2017

Luahan Hati seorang Hamba Allah

Nasihat drpd "hidayah milik Allah"
Bismillahirahmanirahim....
Sy nk mulakan dgn satu persoalan... Kenapa manusia suka membandingkan diri sdiri dengan orang lain??
Walhal kita semua tahu, pada zahirnya, kita semua berbeza.. Tp pada Allah, kita semua sama.... Xkira paras rupa, harta, takhta.... Semua sama.... Yg membezakan kita adalah amalan... Amalan yg kita buat di dunia utk menentukan dimana kita akan berada di akhirat sana... Kebaikan yg akan membawa kita ke syurga atau keburukan yg akan membawa kita ke neraka....
Berbalik semula kepada topik kita... PERBANDINGAN ....
Kita selalu membandingkan sesuatu yang kita miliki dengan orang lain terutama orang yang kurang bernasib baik dr kita... Tapi kenapa???
Sy nk tny, bangga sgt kah kamu dengan harta benda, wang, paras rupa, kejayaan yg kamu miliki sekarang yang hanya bersifat sementara???
Semua itu tidak akan bermakna sekiranya kamu tidak membawa itu kepada kebaikan...
Contoh 1 : rupa
Rupa yang cantik/hensem hanya satu "bonus" drpd Allah.... Knape kamu berbangga sgt dengan rupa cantik/hensem kamu smpai kamu menghina org yg kurang drpd kamu??
Tp percayalah, sekali Allah tarik nikmat itu, baru kamu tahu erti bersyukur...
Jangan nk hina org.....
Syurga bukan untuk orang yg cantik/hensem, tapi untuk orang yang baik amalannya....
Contoh 2 : harta
Zaman sekarang, sesetengah orang yang "hartanya terlebih" suka menunjuk-nunjuk.... Tp knape ye??adakah kamu menganggap bahawa harta yang kamu miliki, yang 7 keturunan ,makan tak hbis tu, akan membuatkan orang hormatkan kamu??
Kamu silap..... Silap besar.... Harta atau wang ringgit tak boleh dibawa masuk ke dalam kubur.....
Lagi baik kalau kamu buat amal jariah dgn memberi sedekah kepada fakir miskin, anak2 yatim, orang yang memerlukan.... Menolong org2 yang dalam kesusahan... Barulah bermakna harta yang kamu miliki sekarang jika dikongsi bersama dengan org yang memerlukan.....
Contoh 3 : kejayaan
Kamu tidak boleh merasakan diri kamu itu hebat apabila mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang... Mungkin sekarang kamu berasa diri kamu hebat....
Hari ini, kamu berada di atas, esok lusa mungkin kamu akan jatuh...
Dan orang yang mendapat keputusan yang tidak seperti yang diingini, berasa diri mereka tidak bertuah...
Tidak mustahil orang yg tidak berjaya sekarang akan berada di puncak satu hari nanti.. In shaa allah...
Air pun ada pasang surutnya....
laut mana yang tidak bergelora
Setakat itu sahaja perkongsian ilmu drpd saya....seribu kemaafan dipinta andai ada hati yang terguris... Sy hanya ingin meluahkan ape yg terpendam selama ini... Dan sy berharap ilmu ini memberi kebaikan kpd semua seterusnya bersama-sama lah kita memperbaiki kelemahan diri.....
Assalamualaikum

Monday, 20 February 2017

Peperangan Dalam Cinta



Semasa di bawah pemerintahan Ratu Kuning, Pattani dikatakan menjadi sebuah pusat kebudayaan Melayu bahkan tarian Makyung yang dipersembahkan ketika zaman pemerintahan Ratu Hijau dikembangkan lagi oleh baginda. Bahkan Tarian Asyik yang ditarikan oleh gadis-gadis cantik di dalam istana turut dimainkan di istananya.
Dan dalam gadis-gadis tersebut, maka seorang memainkan peranan kepada kejatuhan pemerintahan ratu wanita Pattani dan menjadi penyebab kepada kejatuhannya Pattani. Ironinya, kegemilangan Pattani dimulakan wanita, dikembangkan lagi oleh wanita,dan diakhiri juga oleh wanita.
Nama Dang Sirat harus disemat dalam setiap pemikiran kita, antara gadis yang terlibat dalam Tarian Asyik di istana. Dicatatkan bahawa Dang Sirat ini mempunyai suara yang sangat merdu, tetapi tidaklah fizikalnya. Jauh berbeza dengan Ratu Kuning yang dikhabarkan sebagai jelitawan. Lalu untuk mencuri suami Ratu Kuning, maka ubat guna-guna dihantar padanya sehinggakan seluruh Pattani ketika melihatkan wajah Dang Sirat sebagai seorang wanita yang peri wajahnya tidaklah punya tandingan.
Bayangkanlah ketika itu, betapa kuatnya ilmu hitam itu, maka Yang Dipertuan Muda ketika itu membina sebuah Istana kepada Dang Sirat yang dijadikan gundiknya, lalu mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayangnya ke atas Ratu Kuning meski ketika itu, Ratu Kuning sedang mengandungkan anaknya.
Permintaan Dang Sirat semakin melampau-lampau apabila dia memintakan disiapkan cuping emas seberat 50 tahil, baju daripada emas, dan diminta ditabalkan sebagai Cik Puan, Namun permintaan itu dibantah oleh para pembesar Pattani membuatkan Yang Dipertua Muda Johor naik murka dan mengejar para pembesar Pattani di atas seekor gajah bersama dengan Dang Sirat. Ketika itulah sejarah mencatatkan bahawa ubat guna-guna yang dipasangkan pada sanggul Dang Sirat terjatuh ke tanah, maka wajahnya yang hitam lagi hodoh serta tubuhnya yang gemuk terserlah, Rasa ngeri dengan penampilan baru Dang Sirat itu dan menyedari bahawa dirinya terkena guna-guna, maka disitu juga tubuh Dang Sirat ditikamnya oleh Yang Dipertua Muda Johor.
Peristiwa yang berlaku itu meninggalkan kesan emosi yang sangat mendalam pada jiwa Ratu Kuning membuatkan wanita itu tidak lagi mempedulikan soal pemerintahan negaranya sehingga akhirnya dia digulingkan oleh pembesar bernama Raja Mir. Namun Raja Mir telah ditangkap dan dibunuh kerana menderhaka.
Dipendekkan cerita, ketika konflik antara Pattani dan Singgora, Ayyuthaya telah masuk campur dan membedil Pattani. Oleh kerana Ratu Kuning ketika itu sudah tua dan bukanlah pemerintah hebat seperti pada awal pemerintahannya, maka dia terpaksa berundur ke Kuantan sebelum mangkat pada tahun 1686. Selepas kemangkatan baginda, maka Pattani ketika itu mula memasuki era kejatuhannya dan raja-raja hebat seperti 4 ratu ini tidak lagi dilihat di Tamadun Melayu Pattani.

Friday, 17 February 2017

Coretan Kisah Ratu Kuning



RATU KUNING
Era pemerintahan Ratu Kuning (1635-1651) bermula selepas tamatnya pemerintahan Ratu Ungu (1624-1635). Ratu Kuning telah berkahwin dengan Raja Jembal iaitu putera kepada Raja Sakti II. Hasil daripada perkahwinan itu,mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri Saadong. Namun,Puteri Saadong telah dibesarkan oleh Cik Siti Wan Kembang.
Kehidupan Ratu Kuning berubah apabila Raja Sakti II menghadiahkan tiga daerah di Kelantan kepada Cik Siti Wan Kembang iaitu Tanah Merah,Kuala Krai dan Gua Musang. Raja Sakti II menghadiahkan tiga daerah tersebut sebagai tanda berterima kasih kerana Cik Siti Wan Kembang telah berjaya menewaskan Raja Siam di Legor.
Berikutan daripada peristiwa tewasnya Raja Siam itu, telah menyebabkan Raja Siam berdendam. Bagi melunaskan dendam itu,Raja Siam bertindak menyerang Kelantan lalu menculik Ratu Kuning. Ketika itu,Ratu Kuning telah berkahwin dengan Raja Abdullah.
Telah dikisahkan,selepas penculikan Ratu Kuning, Raja Siam telah menghidapi penyakit barah dada. Tabib yang merawat Raja Siam itu memberitahu bahawa jika Raja Siam tidak menghantar Ratu Kuning  ke tempat asal,penyakitnya tidak akan sembuh.
Disebabkan itu,Ratu Kuning dihantar pulang. Tetapi, Raja Abdullah tidak menerima Ratu Kuning semula.Akhirnya, Ratu Kuning bertindak membunuh Raja Abdullah menggunakan sanggul.Selepas peristiwa itu,Ratu Kuning telah berhijrah ke Pulau Melaka dan menetap di situ.

Setelah wafat,Ratu Kuning disemadikan di tanah perkuburan di Kemumin,Kota Bharu,Kelantan.

Monday, 13 February 2017

Tengku Mahmood Mahyidden permata Tengku Abdul Kadir Kamaruddin

    TENGKU MAHMOOD MAHYIDDEEN
Tengku Mahmood Mahyiddeen merupakan tokoh melayu Patani dan digelar sebagai “HARIMAU MALAYA”. Beliau merupakan anak kepada Raja Melayu Patani terakhir iaitu Raja Abdul Kadir Kamaruddin dengan Cik Maimunah , isteri ketiganya yang berasal dari Kelantan.Beliau dilahirkan pada 30 Oktober 1908.Ibundanya telah meninggal dunia sewaktu beliau baru berusia 4 tahun lalu dijaga oleh ayahandanya bersama permaisuri pertama yang bernama Tengku Maimunah. Beliau telah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah di negeri Kelantan.Kemudian , beliau mendapat pendidikan yang lebih tinggi di Bangkok dan menjadi pelajar di Royal Assumption College tetapi dalam tempoh 3 tahun sahaja kerana pemerintahan Thailand dan Patani pada masa itu mengalami pergolakan .Tengku Mahmood Mahyiddeen dipindahkan ke Pulau Pinang dan belajar di Penang Free School selama 2 tahun. Beliau merupakan anak bangsawan pertama yang mendapat pendidikan Inggeris di Penang Free School. Berkat usahanya dalam bidang pendidikan, beliau telah lulus senior Cambridge sehingga ditawarkan biasiswa di sebuah institusi pendidikan di Singapura iaitu King Edward VII Medical College.

Tengku Mahmood Mahyiddeen telah dilantik menjadi pemangku nazir di sekolah-sekolah melayu di negeri Kelantan.Sejak itu,ketokohan beliau dalam bidang pendidikan bermula dan beliau bercita-cita untuk membaiki taraf pendidikan pelajar sekolah melayu di Kelantan. Tambahan pula,beliau ingin membawa perubahan dalam sistem pendidikan yang sedia ada dan membuat pembaharuan kepada sekolah-sekolah melayu luar bandar.Selain itu,beliau telah mengubah persepsi masyarakat melayu Kelantan yang tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk bersekolah pada masa itu.Lantaran itu,beliau telah mendirikan sekolah perempuan yang pertama di Kelantan yang dinamakan Zainab English School iaitu SMK Zainab 1 (kini).Jawatan nazie sekolah melayu telah dilantik sepenuhnya terhadap Tengku Mahmood Mahyiddeen seterusnya memegang jawatan sebagai Penguasa Pendidikan Negeri Kelantan pada tahun 1938. Bukan itu sahaja,beliau telah membawa kemajuan dalam meninggikan mutu pelajaran dalam kalangan guru-guru sekolah dan memperkenalkan penyusunan semula sukatan pelajaran dan pentadbiran sekolah.

Jasa Tengku Mahmood Mahyiddeen terhadap tanah air ialah menubuhkan GEMPAR iaitu Gerakan Melayu Patani Raya sehingga tahun 1948 yang bertujuan untuk memerdekakan Patani begitu juga Kelantan dan ingin menyatukan semula negeri-negeri Melayu seperti zaman pemerintahan Ratu Kuning.




Apabila perang dunia kedua berlaku,pihak Inggeris telah berjaya menewaskan pihak lawan. Pada ketika itu,pihak Inggeris telah mengalami kekurangan beras. Oleh hal yang demikian ,mereka telah meminta bantuan daripada pihak Siam. Akan tetapi , pihak Siam telah menetapkan syarat kepada pihak Inggeris sekiranya menginginkan beras. Syaratnya adalah pihak Inggeris hendaklah memutuskan perjanjian dengan Tengku Mahmood Muhyideen.Jadi,pihak Inggeris bersetuju dengan syarat yang ditetapkan itu.Disebabkan perbuatan tersebut,Patani masih belum merdeka sehingga sekarang..
UMNO telah ditubuhkan di Tanah Melayu untuk menentang Malayan Union.

Tengku Mahmood Mahyiddeen telah meninggal dunia pada 12 Februari 1954 sesudah solat jumaat di Pantai Semut api. Bagi mengenangkan jasa beliau, sebuah sekolah di Kelantan telah ditubuhkan yang dinamakan SMK Mahmood Mahyiddeen, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.


fb page : patani untold scars
ig  : pataniuntoldscars

Tuesday, 7 February 2017

munculnya agama islam di Patani





Al-kisah bermula nya Islam di Patani semenjak Raja Phya Tu Nakpa diserang penyakit yang tidak pernah sembuh....Apabila raja mendengar berita bahawa ada seorang tabib (seorang muslim,syeikh said) yang mampu menyembuhkan penyakitnya,lalu raja meminta pertolongan daripada tabib itu..Akan tetapi,tabib itu meletakkan syarat terhadap raja jika ingin mengubati penyakit raja itu....Syarat nya adalah raja tersebut haruslah memeluk Islam setelah sembuh daripada penyakitnya itu.Lalu,raja pun bersetuju dengan syarat tabib itu...Apabila raja telah sembuh daripada penyakit nya ,baginda mengingkari janjinya itu....Kemudian,baginda kembali sakit....Namun setelah kejadian ini berulang sebanyak tiga kali,barulah baginda benar-benar insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan nya itu lagi...Setelah raja sembuh daripada penyakitnya,baginda bersama keluarga dan pembesar istana memeluk islam...nama Raja Phya Tu Nakpa telah menjadi Sultan Ismail Shah....Sejak kejadian itu,agama Islam mula berkembang dan pengaruh Hindu-Buddha mulai lemah dan akhirnya hilang dari Patani...Munculnya Patani sebagai negara Islam..












Sunday, 5 February 2017

Keluarga bahagia Fathoni


Assalamualaikum....

dari umur dayah 1 tahun hingga 17 tahun,dayah xpernah nk mengenali salasilah keturunan lain....sbb keturunan dayah pun dayah xpernah nk amik thu...dalam mindset dayah,dayah just ank melayu Kelantan....anak jati Kelantan...walhal hakikatnya,dayah ni keturunan Thai...

mse dayah umur 18tahun,bru lah dayah thu semua ni.alangkah kerdil nye diri ini,tak pernah nk amik thu...n dayah nk kongsikan sdikit tentang keturunan melayu Patani....

Alhamdulillah kerana  dayah diberi peluang utk knal ngn seorang sahabat yg bernama N.Hajaratul.A (suwa suwe kemoning) hahahahaha.......

kerana dialah dayah thu serba sedikit tentang keturunan Melayu Patani ni....Mse first dayah tahu,dayah terkejut....betapa hebatnya sejarah Patani selama ni yg kita xpernah nk amik thu...sejarah????dayah dh publish mula2 for the starting of this blog.....

slame stahun lebih dayah mengenali anak-anak Patani....wlau hakikatnya,mereka (fok2 yo) xmengenali pun dayah.....hahahahaha....
perasaan gembira,berbangga dan bersyukur bila diberi peluang utk mengenali mereka dgn lebih dekat..

mmg selama ni takde org pun yg nk amik thu tentang keturunan Melayu Patani..sbb ape?sbb perspektif masyarakat kita yg xprnah nk kesah terhadap keturunan lain.....ye lah...kita ni keturunan Melayu Malaysia..kerana kita semua hamba Allah.....saudara sesama Islam....

Mereka (anak2 melayu Patani) ni mmg mempunyai ukhwah yg sgt kukuh...betapa hebatnya mereka menjalinkan ikatan yg sgt kuat sdgkan mereka mempunyai kelompok yg sgt kecil kalau nk bndingkan dgn masyarakat kita......mcmmne ukhwah mereka sgt kukuh?sbb mereka ade matlamat...matlamat yg sgt mendalam thdap agama islam,bangsa melayu Patani dan tanah air Darussalam dan yg paling utama,mereka letakkan niat berjihad ke jalan Allah....

subhanaallah.....sungguh hebat mereka2 ini....kita ni sgt lemah...masyarakat kita pada masa skrg,hanya sibuk mengejar kemewahan hidup...sibuk mengejar dunia..harta yg xboleh dibawa ke dalam kubur....tp mereka?mereka hnya hdup sederhana....rjin belajar....bekerja.....tp ape yg mereka kejar?mereka kejar ilmu akhirat dan ke jalan Allah...

ok....mesti ade yg ckp,duit pnting kot!!!kalau takde duit,nk mkn ape?semua gune duit even msuk tandas pun kne byr...YE BETUL TU...dayah xsangkal kan semua tu....
biarlah kita jadi hamba Allah yg mengejar dunia utk dibawa ke akhirat.....ape tu???amalan........

kisah mereka ni hebat.....setiap tahun berkumpul,buat usrah....yg jauh sanggup dtg...ade yg dtg dr Terengganu,Pulau Pinang utk berkumpul,utk memantapkan anak2 Patani...yg duk P.Puteh pon snggup bermotorsikal dtg ke KB.....dayah just nk tegaskan kt sni,pengorbanan mereka ni utk ke jalan Allah tanpa sedikit keluhan.....tanpa mengira penat lelah.......kita?nk solat kt rumah pun dh mengeluh.....belum berjemaah ke masjid lagi...dh xsnggup.....

first dayah knal dgn hajar.....even kami dh knal sejak 10 tahun,tp dayah xtau pun tntg salasilah keturunan Patani ni......bile 2015,brulah dayah tahu..Hajar selalu bercerita dan berkongsi pengalaman tentang keluarga Patani nie smpai lah skrg...well.i'm always be one of her ears..hahhahaha

Actually dayah dh knal ngn mereka ni dr 2015...tu pun sbb tgk gmbr dan thu serba sedikit je....anak Patani first yg dayah knal ialah Zam......dia ni baik but pemalu.....knal pun sbb hajar yg bawak dayah kt kdai Zam....hahahaha..

kedua,,Ashiii.....dia ni baik,cantik dan peramah......dayah jmpe dia mse kt kbmall...hahahahah...n xjumpe2 smpai skrg.....takde rezeki..btw,gudluck 4 your SPM....

ketiga,Min.....dia ni mmg baik sgt2....supporting.....friendly.....dan lain lagi....hahahahahha....yg lain tu,biarlh rahsia.......seronok dpt knal ngn dia......the first guy of Anak patani yg dayah rse rapat sgt......rse dh knal lme...mmg dayah dh knal dia lme tp dia je yg bru knal dayah...hahahahhahahahaha...dayah knal dlm diam... :) n suara dia nyanyi.......soooooo nice...kalah org lain...

n hari ni,dayah dpt knal ngn Farid n Syuk.......org yg baik2 dan kelakar....bru je jumpe harini...tp seronoknye rse mcm kwn2 lme......n i'm always laughing with them......
dayah happy sgt2 utk harini 5/2/17....thanks Min,Far n Ron...........
please keep my "hearty money" carefully......hahahhha..u know what i'm mean.....

semua anak2 Patani ni mmg baik2...budi bahasa yg tinggi...hormat org......pndai sesuaikan diri dgn org bru like me..hahahahah...let me introduce them that i know....
Ruf,Syaif,Fir,Din,Mie,Gat,Sha,Basr..............Kak Yat,Kak Ain................
mereka ni selalu sepakat.....mmg happy family lh katakan....kalau ade selisih fhm tu,bnde biase....bab kata pepatah,"sedangkan lidah lagi tergigit".....
begini ni al-kisah dayah dan Anak Melayu Fathoni...........keluarga bahagia.....

i really hope that i can be one of Patani's family too, one day........








Fathoni Darussalam

Pattani (Thai ปัตตานี, Tulisan Jawi: ڤطاني) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand yang terbentuk hasil pemecahan Kerajaan Pattani. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala selatan tenggara ikut jam) adalah NarathiwatYala dan Songkhla.
Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka, Patani Darussalam atau Patani Raya.
Pattani terletak di Semenanjung Malaysia dengan pantai Teluk Thailand di sebelah utara. Di bahagian selatan terdapat beberapa gunung-ganang dan tempat tarikan pelancong seperti taman negara Budo-Sungai Padi yang yang berada di persempadan wilayah Yala dan Narathiwat. Di sini, terdapat beberapa tumbuhan yang agak luar biasa seperti palma Bangsoon dan rotan Takathong. Di kawasan persempadan dengan Songkhla dan Yala pula terdapat sebuah taman rimba yang terkenal dengan gunung terjunnya, Namtok Sai Khao.

Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954

Sengketa di perbatasan negeri berlaku di merata dunia sepanjang masa. Bukan sedikit tentera dan orang awam terkorban sebelum Bukit Golan jatuh ke tangan Israel, India dan Pakistan berbalah hingga ke saat ini bagi mengesahkan hak ke atas Kashmir. Demikian juga halnya dengan isu Patani, Mindanao, Aceh, Timor Timur, Pulau Batu Putih, Pulau Layang-layang dan Spratly yang turut dituntut oleh Malaysia. Bukit Golan yang subur, Kashmir yang indah kepada pelancong, Spratly yang strategik bagi ketenteraan dan dikatakan sarat dengan petroleum di perut buminya, tapak Masjid Babri kerana sentimen agama terdahulu – semua ini menjadi alasan bagi sengketa, perbalahan dan perebutan.

Siri ini akan memberi tumpuan ke atas konflik sempadan yang berlaku di beberapa wilayah di rantau Asia Tenggara, bermula dengan konflik di Patani. Kajian dan perbahasan dalam siri ini diharap akan menumbuhkan sosok baru dalam kajian sejarah Malaysia dan serantau.


Semenjak Pemerintahan Beraja Melayu dihapuskan pada tahun 1902, orang Melayu Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang 'misgoverned'. Justeru, tidaklah hairan apabila kekacauan seringkali berlaku di wilayah selatan antara tahun 1910 hingga 1923. Dalam masa pemerintahan Pibul Songgram (1939-44), orang Melayu telah menjadi mangsa dasar asimilasi kebudayaan atau dasar Rathaniyom.

Tindakan Pibul Songgram memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membetulkan ketidakadilan yang dikenakan ke atas mereka oleh Perjanjian Bangkok (1909). Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pegawai berpangkat Major dalam pasukan Force 136, pernah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungan dengan Tanah Melayu. Harapan mereka bertambah cerah apabila kuasa-kuasa besar dalam persidangan di San Francisco pada bulan April 1945 telah berjanji akan membantu untuk membebaskan mana-mana negeri yang terjajah berasaskan prinsip hak menentukan nasib sendiri (self-determination)

Pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada ‘penjajahan’ Siam. Pendirian British terhadap Siam bagaimanapun berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani. Kerajaan British juga memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.

Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara selepas perang juga menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis Cina. Justeru, Kerajaan British mahu pastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan negara-negara Komunis. Kebangkitan Komunis di Semenanjung Tanah Melayu pada bulan Jun 1948 memerlukan British mempertingkatkan lagi kerjasama dengan Siam bagi menghapuskan kegiatan pengganas-pengganas Komunis di perbatasan Siam-Tanah Melayu. Oleh kerana itu Isu Patani dianggap sebagai penghalang ke arah kerjasama sempadan yang berkesan untuk British dengan Siam.


Selepas persidangan Songkhla pada awal bulan Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu mula mengambil tindakan ke atas kegiatan GEMPAR di Semananjung Tanah Melayu. Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pemimpin utama Melayu Patani, telah ditekan oleh pihak berkuasa British di Tanah Melayu manakala Tuan Guru Haji Sulung telah ditangkap oleh pihak berkuasa Siam atas tuduhan subversif. GEMPAR, sebuah pertubuhan politik masyarakat Melayu Patani di Semenanjung juga telah disekar aktivitinya. Akibat daripada tekanan tersebut, gerakan Melayu Patani mula lemah dan goyah. Sungguhpun begitu, perjuangan Tengku Mahmood Mahyideen dan Tuan Guru Haji Sulung telah diteruskan generasi muda Patani. Dalam tahun 1960-an, beberapa pertubuhan pembebasan telah ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan Patani melalui perjuangan bersenjata. Perjuangan itu bagaimana pun masih belum menempa sebarang kejayaan.


Tak diketahui pasti kapan Patani memeluk Islam, namun kalau dilihat kebanyakan karya sastra sejarah dan merujuk kepada Teeuw dan Wyatt, juga W.K Che Man maka dapat diperkirakan bahwa Patani menjadi negeri Islam pada 1457 (Martinus Nijhoff, 1970). Masuknya Patani kedalam Islam ibarat sebuah “dongeng”, namun itulah adanya, seperti tertulis dalam buku-buku sejarah. Dikisahkan pada waktu itu Patani (Langkasuka) diperintah oleh raja Phya Tu Nakpa. Raja dikabarkan menderita sakit yang tak kunjung sembuh. Beliau mendengar ada seorang tabib, syeikh Said, seorang Muslim, yang mampu menyembuhkan sakitnya. Tabib tersebut sanggup mengobati penyakit sang Raja asal dengan syarat jika sembuh dari sakitnya maka Raja harus memeluk Islam. Namun Raja Phya Tu Nakpa ingkar janji setelah sembuh. Akhirnya Raja sakit kembali. Kejadian ini terulang sampai tiga kali. Pada kali ketiga inilah Raja bertaubat, ia tidak akan memungkiri janjinya lagi. Setelah Raja sembuh dari sakitnya, beliau bersama keluarga dan pembesar istana memeluk Islam. Raja Phya Tu Nakpa berganti nama menjadi Sultan Ismail Shah. Sejak saat itu mulailah Islam berkembang dan pengaruh Hindu-Budha mulai berkurang, lemah dan akhirnya hilang dari Patani. Raja Phya Tu Nakpa (Sultan Ismail Shah) diketahui juga sebagai pengasas negeri Patani. Beliaulah yang mengganti nama kerajaan lama menjadi Pataniyang berarti “Pantai Ini”. Karena beliau secara kebetulan menemukan suatu tempat yang indah dan ideal untuk dijadikan negeri di tepi pantai. Riwayat lain mengatakan Patani berasal dari kata “Pak Tani”. Yaitu pemilik pondok (seorang petani garam) ditepi pantai yang ditemui oleh Raja ketika beliau bepergian mencari lokasi negeri baru. (Ibrahim Shukri, tanpa tahun) Setelah berpindah ke Patani, Patani menjadi lebih ramai dan oleh karena lokasinya yang baik, tempat baru ini menjadi makmur dan mewah. Patani menjadi pusat daya tarik saudagar-saudagar dari timur seperti Jepang, China, Siam dan Eropa. Tercatat pada 1516 kapal dagang Portugis singgah pertama kalinya di pelabuhan Patani. Pinto, seorang saudagar dan penjelajah asal Portugis menyatakan: “Pada masa saya datang ke Patani dalam tahun itu saya telah berjumpa hampir-hampir 300 orang Portugis yang tinggal di dalam pelabuhan Patani. Selain dari Portugis didapati juga bangsa-bangsa timur seperti Siam, China dan Jepang. Orang-orang Jepang besar juga perniagaannya di pelabuhan ini.”